Apakah kos tambahan ketika menandatangan perjanjian SSB dan siapakah yang akan menanggung kos tersebut? (cth. duti setem, fi perundangan, insurans pinjaman)
Setelah menandatangani Pinjaman Skim Saraan Bercagar, berikut ialah perbelanjaan yang akan ditanggung oleh peminjam.
Perbelanjaan pendahuluan awal:
- Fi Pengecualian Tanpa Rekursa Sekali*/Fi Kemudahan Sekali
- Fi perundangan
- Fi penilaian
- Insurans hartanah
- Fi pentadbiran (jika ada)
- Fi Perkhidmatan (jika ada)
Perbelanjaan awal di atas boleh dibiayai oleh Pinjaman Skim Saraan Bercagar.