Dalam situasi ini, proses biasa penamatan pinjaman akan dilaksanakan. Berikut ialah pilihan kepada keluarga terdekat.

Menyelesaikan Pinjaman Skim Saraan Bercagar yang tertunggak

Jumlah ini adalah minimum, bergantung kepada tempoh pinjaman. Setelah diselesaikan, hartanah tersebut akan diserahkan kepada keluarga terdekat peminjam.

Tidak menyelesaikan Pinjaman Skim Saraan Bercagar

Sekiranya keluarga terdekat memilih untuk tidak menyelesaikan pinjaman, Cagamas akan menjual hartanah tersebut dan menyelesaikan pinjaman tertunggak. Sebarang baki daripada penjualan hartanah, setelah ditolak jumlah pinjaman, akan diserahkan sebagai harta Peminjam.

Peminjam boleh memulangkan atau menamatkan perjanjian tersebut dengan menyelesaikan atau membayar semua jumlah pinjaman tertunggak yang terkumpul sehingga tarikh pemulangan atau penamatan.

Tidak, peminjam bersama yang masih hidup masih boleh tinggal di hartanah tersebut sehingga dia meninggal dunia.

Pembayaran bulanan penuh masih terus dibayar kepada peminjam bersama yang masih hidup sehingga dia meninggal dunia.

Ya, pasangan/individu tersebut perlu menjadi pemilik bersama hartanah tersebut untuk layak.

Pemilik semasa perlu mendaftar pemilik baharu dengan Pejabat Tanah dan menambah nama pemilik hartanah berkenaan. Kebiasaannya, ia akan mengambil masa kira-kira 1-2 bulan, tertakluk kepada kelulusan Pejabat Tanah.

Sekiranya ini berlaku, peminjam bersama tersebut perlu menamatkan Pinjaman Skim Saraan Bercagar dengan menjual hartanah tersebut untuk menyelesaikan jumlah pinjaman tertunggak pada ketika itu.

Peminjam masih perlu menetapkan penama atau keluarga terdekat sebelum menandatangan Pinjaman Skim Saraan Bercagar

Setelah kematian peminjam (atau pasangan peminjam terakhir yang masih hidup bagi Pinjaman Skim Saraan Bercagar bersama), pinjaman tersebut TIDAK akan mengumpul apa-apa faedah. Ia akan ditamatkan dengan pembayaran bulanan terakhir yang dibuat.

Kami membenarkan aturan yang fleksibel kepada peminjam untuk mengisytiharkan bahawa keluarga terdekat mereka akan tinggal di hartanah tersebut atau menyewa di hartanah itu. Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi, ia mestilah disebabkan oleh situasi tertentu seperti keadaan perubatan atau kesihatan, dengan sokongan sijil perubatan.

Setelah menandatangani Pinjaman Skim Saraan Bercagar, berikut ialah perbelanjaan yang akan ditanggung oleh peminjam.

Perbelanjaan pendahuluan awal:

  1. Fi Pengecualian Tanpa Rekursa Sekali*/Fi Kemudahan Sekali
  2. Fi perundangan
  3. Fi penilaian
  4. Insurans hartanah
  5. Fi pentadbiran (jika ada)
  6. Fi Perkhidmatan (jika ada)

Perbelanjaan awal di atas boleh dibiayai oleh Pinjaman Skim Saraan Bercagar.

* Untuk melindungi waris peminjam daripada bertanggungjawab untuk menyelesaikan jumlah pinjaman tertunggak atau kekurangan sekiranya jumlah hasil jualan harta kurang daripada jumlah pinjaman tertunggak, selepas kematian peminjam.

Ya, insurans kebakaran dan rumah bagi hartanah tersebut wajib diambil oleh pemilik rumah. Keperluan ini adalah sama seperti pinjaman gadai janji biasa oleh pihak bank.

Pinjaman Skim Saraan Bercagar kami ketika ini tidak membenarkan sebarang perubahan dibuat dalam jumlah pembayaran bulanan. Ia adalah ditetapkan pada permulaan tempoh pinjaman sepanjang hayat peminjam.

Ya, kami memberi kebenaran kepada hartanah pegangan pajak dengan baki sekurang-kurangnya 90 tahun pajakan.

Jika tidak, peminjam perlu memperbaharui pajakan tersebut untuk layak memohon.

icon-blue-font.svg
M
L
XL
XXL