Mengapa Anda Perlu Memohon Untuk Skim Saraan Bercagar?
Mengapa Anda Perlu Memohon Untuk Skim Saraan Bercagar?
Skim Saraan Bercagar: 3 Reasons Why You Should Apply
Skim Saraan Bercagar: 3 Reasons Why You Should Apply
Reserve mortgage - Not leaving any debts to younger generation
Reserve mortgage - Not leaving any debts to younger generation
Adakah bayaran sekali Pendahuluan Awal satu pilihan?
Pembayaran Pendahuluan Awal sekaligus bersama dengan bayaran tunai bulanan adalah disediakan dan jumlah maksimum akan dinilai semasa permohonan.
Pembayaran Pendahuluan Awal sekaligus adalah terhad kepada penggunaan berikut sahaja:
(1) bayaran untuk perbelanjaan perubatan,
(2) menyelesaikan sebarang pinjaman/pembiayaan gadaian tertunggak ke atas hartanah yang akan dicagarkan di bawah produk SSB dan
(3) perbelanjaan pengubahsuaian dan penyelenggaraan untuk menyelenggara hartanah tersebut.
Apakah perbelanjaan awal yang perlu anda sediakan?
Sebagai peminjam/pelanggan, anda perlu menanggung perbelanjaan awal tertentu seperti yuran pengecualian rekursa /yuran kemudahan sekali sahaja, yuran penilaian hartanah, yuran guaman dan/atau perlindungan insurans/takaful kebakaran bagi harta yang dicagarkan. Perbelanjaan ini boleh dibiayai dalam produk Skim Saraan Bercagar
Apakah maksud bayaran bulanan?
Jumlah tetap yang akan dikeluarkan kepada peminjam/pelanggan setiap bulan. Rujuk Kalkulator Gadaian Skim Saraan Bercagar kami untuk mendapatkan jumlah anggaran berdasarkan umur dan nilai harta anda.
Berapakah kadar keuntungan untuk Skim Saraan Bercagar?
Untuk Konvensional
Kadar faedah adalah tetap setahun, dan ia mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk maklumat terkini kami di halaman utama.
Untuk Islamik
Kadar Keuntungan Siling ialah kadar keuntungan maksimum yang akan dikenakan sepanjang tempoh pembiayaan dan Kadar Keuntungan Efektif ialah kadar keuntungan sebenar yang akan dikenakan kepada pelanggan yang berbeza setiap bulan.