Pilihan untuk Bayaran Pendahuluan Awal

Submitted by webmin on Wed, 10/12/2022 - 16:26
  • Sekali Bayaran Pendahuluan Awal bersama satu bayaran bulanan disediakan pada awal pembiayaan dan jumlah maksimum akan dinilai semasa permohonan.
    Penggunaan Bayaran Pendahuluan Awal adalah terhad kepada berikut:
    (1) bayaran untuk perbelanjaan perubatan;
    (2) penyelesaian sebarang gadai janji tertunggak ke atas harta yang akan digadaikan di bawah Pembiayaan SSB-i; dan
    (3) perbelanjaan pengubahsuaian dan penyelenggaraan untuk menjaga harta tersebut
  • Hanya sekali pengeluaran dibenarkan pada awal pembiayaan

Perbelanjaan Awal

Submitted by webmin on Wed, 10/12/2022 - 16:26
  • Bayaran kepada pihak ketiga untuk  kos-kos awal yang akan dikenakan seperti penilaian harta, yuran guaman, duti setem, dan/atau perlindungan takaful/insurans kebakaran harta juga termasuk apa-apa yuran kaunseling, perkhidmatan, fi komoditi kepada pihak ketiga, jika ada. 
  • Perbelanjaan awal ini  boleh dibiayai  dalam Pembiayaan  SSB-i

Yuran Kemudahan Sekali sahaja

Submitted by webmin on Wed, 10/12/2022 - 16:25
  • Bayaran kepada penyedia kemudahan untuk pengaturan dan perkhidmatan seperti berikut:
    • mewakili Pelanggan dalam rundingan dan urusan dengan pihak ketiga;
    • menyediakan wang pendahuluan kepada Pelanggan untuk Perbelanjaan Awal, jika ada;
    • menguruskan pengeluaran wang tunai melalui bayaran bulanan secara tetap;
    • memastikan tiada tuntutan ke atas waris/harta pusaka bagi jumlah tertunggak dan sebarang kekurangan daripada pembiayaan tertunggak
  • Pada masa ini, yuran adalah berdasarkan 1.75% daripada nilai pasaran semasa hartanah

Kadar Pembiayaan SSB-i

Submitted by webmin on Wed, 10/12/2022 - 16:25
  • Kadar Keuntungan Siling adalah kadar keuntungan maksimum yang akan dikenakan kepada Pelanggan sepanjang tempoh pembiayaan
  • Kadar Keuntungan Efektif adalah kadar keuntungan sebenar yang dikenakan kepada Pelanggan yang berbeza setiap bulan
icon-blue-font.svg
M
L
XL
XXL