Buat temu janji dengan KWSP melalui pautan ini: https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu
Mengenai Skim Saraan Bercagar (SSB)
Pemilik rumah warga emas kini boleh menjana tunai ketika persaraan melalui SSB
Apakah Skim Saraan Bercagar (SSB)?
Skim Saraan Bercagar atau Reverse Mortgage (“RM”) merupakan satu jenis pinjaman yang disasarkan kepada warga tua atau para pesara yang memiliki rumah, dan ia membenarkan mereka menukar aset besar mereka ini — hartanah kediaman mereka — kepada pendapatan tetap bulanan yang berterusan sepanjang hidup mereka, tanpa melepaskan pemilikan dan masih tinggal di kediaman mereka.
- Untuk membolehkan pemilik kediaman yang telah bersara memperoleh akses kepada pendapatan tambahan berterusan sepanjang hidup untuk perbelanjaan harian.
- Pemilik rumah kini boleh memperoleh tunai daripada pemilikan rumah mereka sebagai tambahan kepada pendapatan persaraan mereka, dan oleh itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada keluarga terdekat.

Tempoh sepanjang hayat
Bayaran bulanan tetap sepanjang hayat peminjam atau peminjam bersama.

Tiada pembayaran balik ketika masih hidup
Pembayaran balik hanya dibuat apabila peminjam, atau peminjam bersama meninggal dunia, mana-mana yang meninggal dahulu.

Masih mendiami rumah sendiri
Peminjam dan peminjam bersama boleh terus mendiami di hartanah mereka sepanjang hayat mereka.

Tiada tuntutan/rekursa
Harta peminjam tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kekurangan untuk menyelesaikan Pinjman Skim Saraan Bercagar sekiranya hasil jualan hartanah itu adalah kurang daripada jumlah pinjaman yang tertunggak.
Bagaimana kaedahnya?
Untuk layak memohon Pinjaman Skim Saraan Bercagar, individu mestilah sekurang-kurangnya berumur 55 tahun dan memiliki rumah.

Syarat Kelayakan Peminjam
- Warganegara Malaysia berumur 55 tahun dan ke atas, layak memohon Pinjaman SSB secara persendirian atau bersama.
- Pemilik atau pemilik bersama sebuah hartanah kediaman.
*** Bagi pinjaman SSB bersama, ia bukan sahaja terhad kepada pasangan sahaja, malah termasuk ibu atau bapa, adik-beradik atau anak, tertakluk kepada had umur.

Syarat Kelayakan Hartanah
- Harta kediaman di Lembah Klang atas nama Peminjam (pemilikan bersama bagi Pinjaman SSB bersama)
- Kediaman utama dan diduduki oleh peminjam
- Hartanah tidak dihalang dan tiada gadai janji

Capai ketenangan fikiran melalui Skim Saraan Bercagar (SSB) melalui pembiayaan kadar tetap (TBA)
Jumlah pembayaran yang diterima oleh Peminjam akan bergantung kepada umur Peminjam dan nilai, lokasi dan jenis harta.
Guna kalkulator SSB kami untuk menganggarkan jumlah pembayaran bulanan. Pembayaran sekali gus bersama-sama dengan pengeluaran tunai bulanan juga disediakan. Ketahui lebih lanjut tentang jumlah sekaligus dan kos di sini.
Bagaimana untuk Memohon
Kami menyediakan proses permohonan Skim Saraan Bercagar (SSB) yang mudah. Ikuti langkah berikut untuk memperoleh Pinjaman Skim Saraan Bercagar!


Jalani ujian pra-penilaian untuk tentukan kelayakan anda

Buat temu janji dengan Penasihat Kewangan AKPK

Lengkapkan modul penasihat kewangan SSB bersama AKPK

Kemukakan permohonan Skim Saraan Bercagar anda kepada Cagamas
Maklumat Lanjut
Soalan Lazim
Ada pertanyaan mengenai Skim Saraan Bercagar (SSB)? Dapatkan jawapan mengenai Pinjaman Skim Saraan Bercagar, kelayakan, kos dan banyak lagi, melalui Soalan Lazim di sini
Dalam situasi ini, proses biasa penamatan pinjaman akan dilaksanakan. Berikut ialah pilihan kepada keluarga terdekat.
Menyelesaikan Pinjaman Skim Saraan Bercagar yang tertunggak
Jumlah ini adalah minimum, bergantung kepada tempoh pinjaman. Setelah diselesaikan, hartanah tersebut akan diserahkan kepada keluarga terdekat peminjam.
Tidak menyelesaikan Pinjaman Skim Saraan Bercagar
Sekiranya keluarga terdekat memilih untuk tidak menyelesaikan pinjaman, Cagamas akan menjual hartanah tersebut dan menyelesaikan pinjaman tertunggak. Sebarang baki daripada penjualan hartanah, setelah ditolak jumlah pinjaman, akan diserahkan sebagai harta Peminjam.
Peminjam boleh memulangkan atau menamatkan perjanjian tersebut dengan menyelesaikan atau membayar semua jumlah pinjaman tertunggak yang terkumpul sehingga tarikh pemulangan atau penamatan.
Tidak, peminjam bersama yang masih hidup masih boleh tinggal di hartanah tersebut sehingga dia meninggal dunia.