Adakah bayaran sekali Pendahuluan Awal satu pilihan?
Pembayaran Pendahuluan Awal sekaligus bersama dengan bayaran tunai bulanan adalah disediakan dan jumlah maksimum akan dinilai semasa permohonan.
Pembayaran Pendahuluan Awal sekaligus adalah terhad kepada penggunaan berikut sahaja:
(1) bayaran untuk perbelanjaan perubatan,
(2) menyelesaikan sebarang pinjaman/pembiayaan gadaian tertunggak ke atas hartanah yang akan dicagarkan di bawah produk SSB dan
(3) perbelanjaan pengubahsuaian dan penyelenggaraan untuk menyelenggara hartanah tersebut.