Bolehkah bayaran bulanan kepada peminjam dinaikkan secara beransur-ansur bagi menampung kos sara hidup yang meningkat diseabkan oleh keadaan inflasi jangka panjang?

Submitted by webmin on Thu, 04/14/2022 - 15:11

Pinjaman Skim Saraan Bercagar kami ketika ini tidak membenarkan sebarang perubahan dibuat dalam jumlah pembayaran bulanan. Ia adalah ditetapkan pada permulaan tempoh pinjaman sepanjang hayat peminjam.

Selepas peminjam meninggal dunia, adakah pinjaman tersebut terus mengumpul faedahnya sehingga hartanah tersebut akhirnya dijual?

Submitted by webmin on Thu, 04/14/2022 - 15:08

Setelah kematian peminjam (atau pasangan peminjam terakhir yang masih hidup bagi Pinjaman Skim Saraan Bercagar bersama), pinjaman tersebut TIDAK akan mengumpul apa-apa faedah. Ia akan ditamatkan dengan pembayaran bulanan terakhir yang dibuat.

Salah satu syarat pinjaman itu adalah bahawa hartanah tersebut mestilah kediaman utama peminjam.

Submitted by webmin on Thu, 04/14/2022 - 15:07

Kami membenarkan aturan yang fleksibel kepada peminjam untuk mengisytiharkan bahawa keluarga terdekat mereka akan tinggal di hartanah tersebut atau menyewa di hartanah itu. Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi, ia mestilah disebabkan oleh situasi tertentu seperti keadaan perubatan atau kesihatan, dengan sokongan sijil perubatan.

Sekiranya Pinjaman Skim Saraan Bercagar adalah di bawah nama suami dan isteri sebagai peminjam bersama, apakah yang berlaku sekiranya mereka bercerai ketika tempoh pinjaman?

Submitted by webmin on Thu, 04/14/2022 - 15:05

Sekiranya ini berlaku, peminjam bersama tersebut perlu menamatkan Pinjaman Skim Saraan Bercagar dengan menjual hartanah tersebut untuk menyelesaikan jumlah pinjaman tertunggak pada ketika itu.

Salah satu syarat bagi Pinjaman Skim Saraan Bercagar adalah bahawa kedua-dua peminjam perlulah pemilik bersama hartanah tersebut.

Submitted by webmin on Thu, 04/14/2022 - 15:03

Ya, pasangan/individu tersebut perlu menjadi pemilik bersama hartanah tersebut untuk layak.

Pemilik semasa perlu mendaftar pemilik baharu dengan Pejabat Tanah dan menambah nama pemilik hartanah berkenaan. Kebiasaannya, ia akan mengambil masa kira-kira 1-2 bulan, tertakluk kepada kelulusan Pejabat Tanah.

icon-blue-font.svg
M
L
XL
XXL